Sunday, October 3, 2010

Wajib Cekidaud:Bako National Park

Salam dan hai suma! Hoyeaahhh. Ari Ahad la arini beb, suda ari Ahad. Lorh, keja aku satu habuk pun tak sentuh lagi. Padahal minggu ni bleh tahan pack jugak jadual esemenS aku. Hurm, ade presentation ari Kames, den ade esei 4 ketul due ari Kames jugak. Memang minggu ni tema anta esemen ari Kames. Hari Jumaat kne perform for music la pulak. Wah, sangat 'seronoks'. Tak ke begitu?

Eh bosan lah cakap pasal esemen. Mari cakap pasal pergi bercuti? Haha. Blom lagi abes exam da berangan nak pergi bercuti. Tapi aku ade satu tempat la nak tunjuk kat korang. Tempat ni telah berjaya digeledah dengan selamatnya dua minggu sebelum aku exam final kot. Padahal lecturer da pesan awal2 lagi jangan merayap,dok dalam bilik study. Tapi DEGILL jugak. Masa kat Kuching memang aku rajen merayap, sebab cyes seronok weh explore tempat baru kat Kuching tuh. Macam macam menda dan tempat menarik akan aku jumpa, at least, pada aku la. So setelah menggeledah gambp gambo dalam laptop neh, aku rasa nak bawak korang gi jalan jalan kat Bako National Park.

Trip ni pada asalnya dirancang dan dirangka khas oleh rumet tersayang sebab dia penah pegi da tempat ni. Aku tolong ikut dan bagi moral support je. Ceh, tengok. Baek kan aku ni,rumet sejati gitu. Agaga. Yang ikut trip ni, 20 orang semuanya tak salah dan semuanya gals. Ya, inilah golongan yang tak denga cakap lecturer ni. Geng tegar. Kitorang pergi 2 ari 1 malam je kat situ. Setelah berabes planning, pergilah kitorang ke tempat itu.

Ha nak pergi ke Bako ni bukan senang taw. Brapa jenis pengangkutan kitorang naek. Memula naek van sapu (Uncle Kim!We miss youuu!). Uncle ni memang penaja pengakutan berbayar rasmi ye bagi orang orang yang tinggal di IPBL. Tiada Uncle Kim, patah la kaki nak pegi meronggeng! Amboi, bgitu skali. Den lepas tu, turun kat jeti naek pulak bot. Yang ini tak boleh blah, sape yang nak pergi semangat kena kuat sket ya. Sebab ape tahu? Sampai je jeti, korang akan nampak satu amaran yang leh wat gugur sgala organ dalaman.
AMARAN: BUAYA ADA DI SUNGAI INI.
Oh gila! Time ni aku tengok muka masing masing da pucat da. Baca doa panjang before naek bot ni.



Van kawan Uncle Kim


Jeti

Tengah naek bot tu, kami dibawak oleh pakcik bot (tak sempat interbiu tanya nama pkcik yang bawak bot) ke batu kapur kot. Main attraction disini. Ade satu batu tu macam bentuk ular kalo tengok bebetol weh. Fuyoohh. Klik klik amek gambo. Den pergilah pulak ke tempat penginapan. Ceyyy..tempat penginapan u! Ade chalet dan ade jugak hostel kalo yang datang ramai ramai cam kitorg ni.



Gaya tak macam atas bot


Batu bentuk macam ular


Destinasi


Gambar ahli rombongan tegar


Muka seronok tahap tak ingat



Tunggu nak check in

Lepas check in, rehat2 kejap..petang tu rumet bawak ahli rombongan tegar pergi junggle tracking dan mandi laut. Kat cni jugak lah anda dapat tengok ya hidupan liar (liar ke?) seperti monyet monyet yang comel-ska-nak-amek-makanan-org, Borneo Bearded Pig, dan proboscis monkey yang macho beraksi dengan riang pada jarak yang dekat! Oh, wild boar tu jangan la pegi dekat ok, jenuh la korang nak samak nanti. Cerita lawak trip tuh, ade skali tu lepas lepak kat laut (memalam neh), suma heading towards hostel masing masing la. Di sepanjang jalan tu, ade la lampu yang dipasang. Hostel dalam utan ni wey! Den tetiba boleh pulak terblackout tengah tengah alam! Aku cam, MIAW MIAW la kan! Naseb la tak jadi pape, kawan aku sorang tu hampir tereksiden dengan wild boar tuh! Adoi, terkekeh je la gelak denga dak dak ni cte.



Tempat kejadian tapi time malam la


Ukur idung dia nanti kalo pergi ye kawan


Dia pakai heels ok!


before junggle tracking


Proses junggle tracking?

Keesokkan tu kitorg pulang setelah ber-breakfast kat bilik. Bekalan makanan mesti ada. Picnic dekat beranda rumah dengan harapan monyet comel tak datang culik makanan. Lepas kenyang, pegi lak ke pantai lagi sebab air surut. It is a very wonderful place especially for people who adores nature. A perfect gateway lah! Memang tenang jap lepak lepak kat cni. SO about noon, baru kitorang bertolak pulang denan hati yang girang lepas tengok Uncle Kim dan sekutu tunggu kat jeti. Hari Isnin tu terus kena marah ngan lectrer sebab merayap tak tentu hala. Dia pulak nak pingsan bila tawu kitorang wat trip camtuh. Hehe. It was fun fun fun!

Korang yang turun Kuching tu, jangan lupa pergi Bako National Park. Bagi yang kaki shopping cam haku, skali skala ok gak pergi tempat tempat camni. Bebas dari tekanan untuk buat pilihan baju, kasut, shawl dan sebagainya. Wokeh? Aku da gembira lepas cita pasal menda ni. Kejap lagi leh sambung wat homework. Perlukan perkhidmatan tourist guide? Hubungi saya, di talian 6452-9484-757. Kompem tak dapat! Haha. Thanx for readin this entry!


4 comments:

  1. amboi
    syok nye jln.
    hehe
    sis nya tema anta asgmnt hr jumaat..
    haha
    asek postpone manjang

    ReplyDelete
  2. sis:
    uih jgn ckp la kalo jln2 ni sis..
    mmg leh jd tourist guide ni kalo turun kuching
    hah sis,marilah berjuang utk esemen itu
    bersemangatlah!hehe

    ReplyDelete
  3. best nye. wa pun ske p jalan2 tempat baru :) weee... tp nek bot? kompem wa mabuk. hahaha. mabuk laut kowt. mabuk sungai ade x ae? huhu

    ReplyDelete
  4. fathiah: hahhaha..lu mabok laut?abes naek feri cmne arh? wa br taw wa ade pnykt baru, wa mabok buaian beb!hahahah..senget jerhhh

    ReplyDelete