Salam dan selamat petang suma! Tak nak cakap banyak sebab tahu nanti panjang berjela dan terus tak terbuat ini tag dari encik Haidi. Wo, banyak gila! 25 perkara yang harus tahu (HARUS kah?) pasal saya yang tidak comel ini.
1. Saya mempunyai angan angan untuk dipanggil Maya. Senget tak?Sebagai tanda sokongan, sila panggil saya Maya, bleh tak?hehe
2. Saya suka shopping! Tapi da lama tak bershopping. Tapi semalam da window shopping, ade dress turquoise yang gila cantek menunggu saya di kedai Glasson (nanti saya tunjuk gambo).
3. Saya suka jalan dan makan. Tapi saya alergik balek kampung. Tak bleh sebut nak balek kampung, kompem akan dapat motion sickness secara otometik bila tahu nak balek kampung. Tapi ini tak bermakna saya tak suka balek kampung taw! Saya suka seafoooodddddd!
4.Saya sejujurnya seorang pendiam. Hanya dengan orang yang rapat dan family je saya kecoh laen macam.
5. Saya suka kucing! Kucing adalah makhluk yang sangat comel dan silalah sayang kucing. Penah wat teori dengan bestie satu masa dlu, laki yang suka kucing itu laki penyayang. Teori itu masih dikaji.
6.Saya ade 3 bradik saja dan saya anak sulong.
7. Saya suka drive laju laju. Tapi tak penah lagi drive kat highway sebab parents tak percayakan saya!
8. Saya ni penakot. Sebab tu tak tengok cte hantu tak pun thriller dan seangkatan dengannya.
9. Suka dengan kale itam dan putey. Penah mendapat komplen dari kawan kawan masa dok hostel dlu, sebabnya dorang takot melihat tudung tudung putey kat ampaian di waktu mamlam yang merupakan kepunyaan saya. Tapi skarang da majok sket, suda brani bermain dengan kale (rasanya).
10. Saya suka karipap!!Masa darjah 6 dlu, kawan kawan panggil saya cik Karipap. Memang mantap nama tersebut ya.
11. Takot dengan budak even nanti akan mengajau budak sekolah rendah. Macam tak reti nak handle lah. Tapi masih blajar untuk berbaek dengan budak budak.
12. Sekolah rendah saya masuk dalam buku teks Sejarah tapi tak ingat form bape. Yang pasal sistem pendidikan tuh. Sekolah Melayu pertama, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, Pulau Pinang.
13. Ade saya gitaw ke saya stay kat Penang? Ok, saya da menetap kat Penang selama 15 tahun dan masih lagi stay kat Penang. Masa kecik saya diabeskan di Sandakan, Sabah.
15. Wey awat banyak lagi? Haha. Favourite author saya ialah Cecelia Ahern, maka fav novel saya mestilah P.S I LOVE YOU. Cita ini gila best. Da bape ratus kali khatam, sumpah tak penah bosan baca.
16.Saya pernah study kat matrik Changloon untuk sebulan kot before masuk maktab. Masa dapat taw yang saya dapat ofer utk sambung kat maktab dan link dengan ober c, saya telah mendapat berita itu ketika saya di pasar malam. Dengan jayanya saya menjerit kegembiraan di tengah tengah pasar itu dengan bertanya, "Ba, Batu Lintang tu kat mana?".
17. Penah mengangis semalam sebab kematian kucing tersayang. Kesian rumet saya, abes satu kotak tisu sebab bagi kat saya malam tu. Sampai tak terbukak puasa masa tuh sebab terlalu sedih. Cyes, saya sangat sensitip bila cakap pasal kucing. Tolong jangan zalimi kucing.
18. Lukisan saya pernah masuk Kelab Disney Malaysia. Tapi saya guna nama adik saya.
19. Sangat suka pantai. Jangan tanya kenapa. Saya memang suka pantai. Nak wat rumah tepi pantai (tapi tsunami pnye pasal terus tak jadi). Kalo bleh, nak letak nama pantai yang orang tak penah jumpa Pantai Indah Mulya Pnye.
20. Saya sepatutnya dilahirkan pada tahun 1988 tapi ntah kenapa saya tak nak kuar awal jadi terpaksa menjadi warga tahun 1989. Tapi saya sukaaaa umur saya. (apekah?)
21. Saya suka amek gambar dan diambil gambo. Kalo gambar yang saya amek mestilah random dan pemandangan. Bila turn saya diambil gambar, sumpah beratus keping lah jadinya ya.
22. Oh sket lagi! Ape ye, saya tak suka sport. Sumpah tak penah suka. Stakat maen badminton, swimming tu bleh la. Tapi saya jenis outdoor person kot. Kawad, camping, jungle tracking adalah no hal bagi saya.
23. Saya rasa saya mempunyai zaman kanak-kanak yang besh. Saya suka panjat pokok belimbing depan umah, suka tengok Sailor Moon tiap pagi Sabtu dan sgala katun kat tb, maen culik anak kucing orang dan banyak lagi. I am dat buas.
24. Ex minah rempit. Acece, konon gengster abes. Haha, takde. Tak penah jadi minah rempit tapi salu jugak bawak motor. Eksiden memang banyak kali kalo dengan moto, keta lom lagi sebab tahu kalo eksiden kete,kos nak baiki sangat mahal. Memang kena slaughter ngan baba kot. Tapi sejak da memasuki umo 20an, umi saya tidak lagi benarkan saya bawak moto.
25. Saya da ade 3 blog kot seblom ni, dan 1 tumblr. Tapi nampaknya, blog kali ni mngkin bertahan lama sebab saya menulis dari hati. Dan seronok bila post saya di baca oleh kawan kawan bloggers laen.
PERGGGHH! Siap pun! Hebatnya saya! Ok, saya nak tag sapo yeh. Cik Sue Nawi wat boleh ka?Hehe. Cik Fathiah, Cik Nurul, Cik Juno/Anna syg, En.Jamban. Sape lagi?Yang mana nak sudi wat pun wat lah. Tiada halangan taw. Ok, saya mahu mandi. Mahu pegi window shopping wo. Sila jangan jeles. Thanx for readin!
p/s:some of the things that mentioned above penah ditulis dalam pos cabaran 30 ari kot. sori susunan tu beterabur, sumanya dibuat secara sepontan dan tiada olok2 ya.
syg syg syg. nk ikot g glasson jgak. aaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteOmg,kena tag...
ReplyDeleteBaiklah,cik Maya.ambik hati :D
Su dah buat.Apapun thanks sudi tag.
da rmai ke yg pnggil cik maya?
ReplyDelete>_<
mizu:
ReplyDeletesui nawi kat atas tu panggil indah maya =] heheh