Sunday, April 8, 2012

#1 Kerja Gila: Sarawak vs Kelantan

Assalamualaikum dan hai smua!

Harus taip laju laju sebab esok nak  bangun awaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal pagi (kalau dapat). Ni segmen baru *ecey,segmen tu yang takleh blah..shh, IM tolonglah jangan menyampuk diri sendiri. Okeh, saya prasan lately saya suka wat kerja gila tak tentu hala dan unplanned and I want to share the story with my fellow friends.

Untuk episod pertama ni saya nak cerita pengalaman saya tengok bola kat stadium. CYESLY. Ok,mungkin macam jakun sangat lah bagi korang yang lain tapi saya tak penahh masuk stadium untuk pegi tengok bola dalam  tempoh 23 tahun saya hidup ni. TAK PENAH taw? Jadi, sila lah bagi saya teruja dalam post ni. Even baba pun pelik bila saya cakap saya kat stadium, baba dengan slumber badaknya reply "Eh, bila lak minat bola? Biasanya minat kumpul kain baju je." Ye ba, anak baba buang tabiat sket malam ni =.=

Al kisahnya saya tak plan pun nak pegi tengok bola match antara Sarawak vs Kelantan ni. Tapi somebody did trigger me to  go to the stadium and watch the game. Tambah pulak housemate saya pun memang dari beberapa minggu lepas lagi cakap nak pegi tengok tapi tak pulak kitorg pegi beli tiket ke hape.

Pastu tadi lepas je saya balek dari hantar orang tu, saya just cakap je kat housemate yang orang tu pegi tengok bola. Den tetiba smua orang jadi gila excited nak tengok bola kat stadium. Saya yang sememangnya nak merasa keadaan dalam stadium ni opkos lah lagi excited. Laju je lari pegi lompat dalam kete untuk gi kat stadium.

So, KITORG PEGI STADIUM TANPA TIKET. DAN TAKDE SORANG PUN ANTARA KITORG BERTIGA NI PENAH TENGOK BOLA KAT STADIUM. Best tak? Haha. Tapi kebetulan jugak sesampai je kat stadium tu jumpa jugak dengan budak laki batch kitorg. Fuh, terselamat lah sket dari kekecohan dan keramaian orang kat stadium. Cyesly ramai yang amat! Saya park keta pon nuuuuuuuuuuuuuuuuunnnn jauh dari stadium sebab memang kompem kompem lah orang gila ramai kat stadium. Jadi kena la exercise sket semata nak masuk stadium tuh.

Irony. Tengok bola tiket pink

Dek kerana ada budak batch laki tu jugak lah kitorg just tunggu tepi kaunter since kawan tu jugak yang tolong belikan tiket. Baik kan? Yes, diorg memang sentiasa baek woo *pomot budak budak itu. Masuk masuk je stadium orang dah penuh. Amat penuh! Kitorg pun lepak la kat barisan paling atas skali, dalam geng penyokong Sarawak. Geng Kelantan pulak stay kat area berbumbung dan bergate.




Saya tak la brapa minat  sangat bola ni sebenarnya, syok lagi tengok rugby masa kat Dunny dulu. Sebelum ni pun stakat tengok orang main futsal je lah. Sebab bagi saya bola ni macam slow sket style nya. Dan rugby plak macam banyak menda yang kena kejar, macam pantas sket lah game tu. Er, ni personal opinion je lah kan. Saya taw ade kengkawan saya yang girls tu peminat setia bola ni. It's just that maybe I'm not among those girls lah. Tapi boleh la layan bola jugak.



Cuma dari pengalaman ni ada jugak menda yang tak brapa nak best jadi dan saya rasa menda common kot kat Malaysia ni. First, kenegerian yang amat kuat. So mula lah nak gado lah nak maki lah nak berkocoh lah. Siap baling botol plastik ape smua kat padang. Sungguh tak cool kot!

Second, merokok publicly without any mercy. Ni stok gila kentang punya merokok. Kalau boleh, sepanjang match tu nak telan smua rokok dalam kotak tu agaknya. Kiri kanan depan belakang orang merokok wey. Saya dah kepeningan kepala ha bau asap rokok kuat sangat malam ni. Kesian btol peparu saya. Bukankah tidak elok kalo merokok di public masa acara public? Takleh ke nak tahan sket dari merokok tu? Saya tadi tak peduli, amek hujung tudung wat mask. Grr. STRESS.

Third, mentality seorang lelaki. Time saya syok syok tengah teruja nak beli tiket di tengah lautan manusia, ada sorang laki tua ni sebok dan mungkin teruja jugak kot nak beli tiket sampai dia cakap macam ni; "Orang perempuan tak payah lah tengok bola, duduk rumah lagi bagus". I was like, What The Miaw pakcik ni..ingat laki je ke yang leh bersukan? Ada ke undang undang cakap pompuan tak leh tengok bola? Apa masalah dengan pompuan tengok bola? Sakitkan hati dia ke? Takde kan. Sheesh. Menyampah btol orang ada pemikiran macam ni. Nasib tengah teruja, tak jadi i nak marah dia balek.

Fourth, kegatalan tidak bertempat. Oh cik abg, ni bukan tempat mencari jodoh ye. Saya amat benci dengan langau langau yang tak paham paham orang nak tengok match. Sebok btol lah dia nak berkenalan lah, nak num phone lah. Apa dia ingat ni agensi mencari jodoh apa kat stadium tu. Kaco feel btol lah. Kalau stakat wat bising tu boleh diterima lagi, ni kalau da sampai pegang bahu orang siap maen cuit cuit tudung ni dah melampau la. Nasib saya tak blaja karate, kalau tak..hmmm..siap dah langau langau tuh! Huh!

Last but not list, kebersihan. Why oh why orang suka buang sampah merata rata? Kalau tak nak sampah, jangan makan lah. Payah sangat nak buang sampah tuh. Sebaik saja orang mula keluar dari stadium tu, saya boleh tengok lah betapa banyakkkkkkkkkkkkkkknya sampah yang ditinggal macam tu je. Teringat zaman jadi cleaner dlu, punya lah menyumpah berbakul bakul kalau guest semakkan bilik. Tu baru bilik yang kecik, 4 dinding. Ni stadium negeri yang gaban besaunya macam mana la? Memalukan btol mentaliti dan perangai orang kita ni. Cakap sket mesti nak balas, "Alah, tu lah gunanya kita upah pekerja ni..nak suruh dorang kutip sampah kat stadium tu lah." Cacat btol orang macam tuh.



Aik, macam entry emo la pulak kan? Zzz. Tak, saya tak emo. Saya ok je, just nak meluah apa yang saya tengok sebentar tadi sebab saya tengok orang barat tengok rugby relek je. Tak pulak nak ngamok sampai goncang pintu pagar penyokong lain samapi macam nak roboh dah. Crowd kat oversea lagi kool kot? Ntah la labu, but I had fun! Nanti ada modal nak ceghita kat anak anak..ecey! Sudah, mahu tido. Night smua! Thanx for reading! =]

6 comments:

  1. Fie pun tak pernah pegi tengok bola jugak. aaaaaaaaaaaaaa. nak ikot :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom tgk nnt kt klate fie! my mom ckp lg gempak! haha

      Delete
  2. akak stay sarawak ke? hehe kite pon da lame xtengok bola. dulu time kecik skolah rendah ke penah. dapat ticket free sbab arwah atuk refree. hehehe

    *panjang pulak komen ;p*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes my dear..akak stay kt kuching skrg..blaja kt cni skrg..best lah pnah merasa jugak tu zaty..dr akak ni,da tua2 br excited ha..hehe..ala komen pjg pn takpe, akak tak kesah =D

      Delete
  3. haha babe! bestnya u penah pegi stadium. i tak penah pun jejak kaki kat stadium. nasib baik u jumpa kawan kawan laki u kan. bila i baca pon i dapat rasa u mmg excited babe! hehehehe. tu kalo match penang lagi excited u jadinya kann. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. u have to go to the stadium babe! at least skali! nampaknya i terlalu menjiwai watak orang yang tak penah pegi stadium dgn baik skali lah cmni =p

      Delete