Tuesday, December 14, 2010

Kisah Pilu si Translator Tidak Bertauliah

Salam dan hai suma!

Ya,seperti yang sedia maklum. Saya suda bkerjaya ye skarang, tapi kecil-kecilan lah. Gaji tak meriah mana pun. Saya memang suka amek pengalaman baru, pelik, luar biasa dan segala lah. Dan saya ni sesungguhnya manusia yang tak reti dok diam. Ape aku cakap ni? Oh, cakap pasal dunia pekerjaaan wehhh.

Kalo sebelum ni, saya salu dok gebang pasal housekeeper kat motel di Dunny. Sebelum keje housekeeper tuh, pas SPM dan menanti masa untuk saat terbang, saya ni Sales Girl kat kedai dalam mall. Memang bleh menang pekerja paling cemerlang lah. Tapi time tu masa gila nak kumpul duet. Kini tidak lagi *jari wat pangkah. Skarang ni saya keje hanya untuk memenuhi masa terluang. Nak kata shopping, tak sangat da kot sebab kecerewetan tahap melampo. Cyes, wa takde napsu nak shopping. Sale Forever 21 pun wa pandang sebelah mata (ekceli,sebab rambang mata tahap melampo). Fine, masih bernafsu tapi tak rasa nak bli.


Sales Girl berjaya. Muka cyes wat kira-kira


Housekeeping pun ai leh wat


Jadi, pekerjaan apekah yang saya wat skarang? Saya pun tak taw nak meletakkan pekerjaan ini dalam bahagian mana tapi stakat ni keja saya ialah menjadi translator ye kawan. Dan pekerjaan inilah yang nak dicitekan dalam pos ni. Mari kita perkenalkan watak2 dalam kisah ini. Cik Indah sebagai translator tidak bertauliah, Kak M sebagai orang yang memberi tugasan. Ok tu je wataknye pun.


Tema arini: Nerd Pilu


Kisah ni stat dari semalam tapi berlanjutan hingga ari ni. Semalam saya ditugaskan untuk cek grammar dan content untuk soklan Science Year 1. Itu tak kesah lah, rasa macam boleh buat lagi. Den, Kak M suh saya translate soklan tuh kepada Bm plak sebab tahun depan Sains akan diajar dalam BM balek *trima kasih pihak atasan. Cemas weh trima tugasan tu, sebab Bm saya sedikit tunggang langgang. Ye lah, nak soklan yang dalam Bm standard. Dok merepek dalam blog ni memang lah Bm tapi Bm pasar mari. Bleh la nak taip panjang lebar pn.

Ok berbalek kepada cerita. Walaupun sedikit keberatan nak buat, tapi bleh la saya siapkan jugak. Tapi ade satu part saya tersangkut iaitu bunyi yang dikeluarkan dari binatang. Eh bukan, bukan bunyi tapi perbuatan yang mengeluarkan bunyi itu.

Contoh:
A snake hisses.
Ular mendesis.

Fine lah, macam takde masalah walaupun cam tak biasa sangat. Den datang plak 3 binatang ni yang wat saya termangu-mangu memikirkan jawapan. Binatang-binatang tersebut ialah: Lebah, Gajah, Itik dan Katak. Weh, cyes nak tanya. Sape la manusia yang taw translate contoh ayat sperti dibawah:

A duck quacks.
Itik ....???

Ape perkataaan yang bleh digantikan untuk quack? And what about trumpet? Or croak? Cyes wa tak dapat pk. Search lah dekat Google, pun tak jumpa. Cek buku latihan pun stakat contoh bunyi macam kuek,kuek ke buzz, buzz ke. Itu ade lah. Lastly, saya wat keputusan yang bodo. Pegi kat Google translate, taip lah quack. Maka kuarlah this result: quack=dukun. I was like..???? Ape tu DUKUN? Tapi cam da bengang kan, wat je lah Dukun tu sebagai jawapan kat soklan tuh. Da cakap kat Kak M, tak jumpa pun perkataan yang sesuai untuk replace those english words tapi akak tu suh cari je. So, assuming I'm doing my work, men letak je lah result from Google translate tuh.

Then this afternoon kan, saya wat keje laen. Arini keje membaca plak untuk cek grammar. Den tetiba terdengar orang mengumpat tak jauh dari tempat saya duduk tuh. Yang mengumpat tu plak golongan lelaki ye kawan. Ade sorang mamat ni duk bising kat member dia (memang gila bising ok, satu ofis bleh denga). Dia tengah baca soklan yang sangat dikenali, dan terdenga la dia cakap ngan member dia tuh." Weh, ni soklan sapa la yang buat ni. Hang tengok ni, Itik..mendukun. Kalau aku jadi budak pun aku tak taw nak jawab pa. Ular mendesis, Lebah mendengung, Gajah trompet" Dan terus sambung dengan gelak tawa yang sungguh menjengkelkan. Satu meja yang duduk ngan mamat tu gelak skali. Dan dan, mereka ni sebenarnya tak tahu saya yang wat soklan tuh =.=

Saya yang duduk tidak jauh ni menahan geram je (obviously tak terjoin gelak sbb mengenangkan diri sendiri yang digelakkan). Dalam hati ni memang da menyumpah habes lah, malu memang jangan cakap lah. Pastu terus timbul ketakotan jugak. Sebab suma bahan ni akan diupload untuk program tution online sebenarnya. Takot lak bawak ajaran sesat kat budak budak. Homaigod, tak taw bape ramai budak yang join tution ni plak tuh.

Jadi, saya wat kajian balek lah sebab tak puas hati kena gelak. Terus bukak Google dan search laen. Macam macam key words da guna, yang paling tak tahan "Senarai Bunyi Haiwan". Yes, I am dat innocent. Tapi tak kuar kuar jugak tahu? Yang kuar tu satu forum jenaka. Heh, boleh pulak dorang buat lawak pasal menda ni. Si pengerusi forum tu mintak suggestion macam kes saya ni lah. Den readers bagi jawapan camni:

itik=mengitik
badak sumbu= mencumbu

gajah= mengajah

And the list berterusan lah. Haih. Malang sungguh. Pastu saya cakap lagi kat Kak M, memang tak dapat cari dan da give up. Skali naah, dia kasi Kamus Bm Online atau nama laennya ialah Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Terus senyap skali lagi * bunyi cengkerik. Kan senang kalo akak ni kasi link ni awal. Takde la saya kena gelak kot. So saya edit balek lah keje semalam tuh. Naseb jugak boleh di edit. Biar kene gelak ngan lelaki lelaki yang tidak sensitip tu, saya lebih isau tersalah kasi ilmu dan maklumat. Ntah brape ramai lak tuh. Oh, ngeri. Mula pk camne nanti time jadi cikgu. Arghhhhh..larik!

Ok,mari kita belajar Bm arini ye kawan kawan. Kalo kucing mengiau, anjing menyalak, kambing mengembik. Maka, ini lah jawapan yang saya sebok cari sepetang tadi:

Itik: menguik-uik

Katak: menguak
Gajah: mendering

Lebah: mendenging

Sekian saja kisah kali ni. Panjang lebar, harap tak de sape tetido dan tabah membaca sampai ke saat akhir. Bahasa jiwa bangsa. Terima kasih kerana membaca!

11 comments:

  1. hahahahahhahaa... translater la nih... :)

    ReplyDelete
  2. chop,i tk tido pun baca.
    bagus you ni,rajin ^^
    i dulu lps spm,krja dri rumah
    je.Tk cukup konfiden nk keja
    kt mall :D

    ReplyDelete
  3. hehehe tranlator yg bagus! :)

    ReplyDelete
  4. takpe gj skit2 dulu.
    lme2 mesti jd byk ;))

    ReplyDelete
  5. aduhaii.. payah gak jdi cekgu ni..huhu..

    ReplyDelete
  6. fat:
    sort of lahh..huhu..unik kan?

    sui:
    u mmg sporting abes lah sui!
    mmg mnitis air mate u ckp xtdo bc post yg pjg lebar neh..hehe..i rajen keje sbb i taw i rajen abeskan duet sui

    nana:
    =D

    cik barakah:
    meksey..msh blaja..hahahha

    cik puteri iqaL
    yeah..cr pngalaman je sbnye..t leh cte kt students =D

    zuraini:
    setuju..hakikat tetap sm, keje cikgu bukannye mudah

    ReplyDelete
  7. Wow! Bukan mudah ye kwn2 jd translator. Mmg hebat la kamu! Tabikkkk hormat!! (^.^)

    ReplyDelete
  8. kak mawar:
    oh mekasey la kak mawar uiii..hehe
    sy suka2 je..
    t bleh story mory kat anak murid, aktiviti cikgu b4 jd cikgu..hehe

    ReplyDelete
  9. halo2..hahaha..kelakar r nasib x publish kalu x kesian dak2 nie slh ajaran..hehehe..
    =)

    ReplyDelete