Friday, October 21, 2011

Isu gambar dan video di Fb.

Assalamualaikum dan hai smua.

Baru baru ini kita diberitakan tentang kes kes buang bayi di negara kita. Memang benar yang masalah ini makin lama, makin banyak dan makin serius pula jadinya. Setiap hari kalau kita selak selak akhbar tempatan, mesti ada berita pasal kes buang bayi. Dan yang paling latest mestilah kes bayi yang dikelar ibunya sendiri. Tak lupa jugak video seorang budak lelaki yang dilanggar van di China.

Ada juga pihak yang mengambil initiative untuk share cerita cerita dan juga gambar gambar bayi atau mangsa yang terlibat dalam kemalangan ni dalam FB. Mungkin berniat baik, hanya untuk menyedar masyarakat kita tentang masalah masalah yang serius di negara kita dan mungkin mengambil ikhtibar dari cerita-cerita dan gambar gambar tersebut.

Baru sebentar tadi saya terbaca ulasan dari Pengerusi ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) New Zealand  tentang isu ini. Jadi teruskan membaca ye kawan kawan, kat bawah ni smua hasil penulisan beliau. It's not written by me, I'm just sharing what I read and hoping that you guys get something useful from it. And perhaps, you could share this to your friends and crowds too =]

Apa pendapat anda tentang mereka yang suka mengambil gambar... atau video mangsa-mangsa yang meninggal dunia atau cedera parah dalam kemalangan, kemudian menaikkannya di laman rangkaian sosial/blog/laman web untuk paparan ramai?

Mereka yang lain pula sibuk berkongsi dan mempromosikannya, "like/tag/share/comment" seolah-olah satu hiburan bentuk baru di masa senggang...

Tidak cukupkah mengambil pengajaran melalui penceritaan, atau gambar persekitaran, kereta, bas, van, atau motosikal yang remuk, atau bangunan yang runtuh sahaja?

Termasuk dalam tuntutan Islam supaya orang yang masih hidup menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana orang hidup tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Ilmu ini bukan semata-mata ilmu etikal ciptaan Barat, tetapi telah diajar oleh Nabi SAW kepada kita.

Hormatilah hak si mati, kerana ia satu jiwa, ciptaan Allah SWT jua. Islam mengajar kita menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia.

p/s: Termasuk dalam peringatan ini juga kepada pelajar-pelajar perubatan atau mana-mana cabang dalam bidang kesihatan yang sibuk bergambar bersama "cadaver" atau pesakit anda, lalu tanpa segan silu berkongsi menunjuk pada rakan-rakan anda yang lain.



sumber: Pengerusi ISMA NZ

12 comments:

  1. kdg2 terpikir gak..but stakat ni nuru xpenah agy upload video dkt fb hohoho...

    ReplyDelete
  2. nuru:
    bgslah cmtu nuru..kt blog pn ade jugak yg letak aritu ms awl2 timbul gambar.tp kalo tny IM, memang tak stuju pn..bg IM memang kea educate masyarakat about this thing, tp not by showing those pictures to public =]

    ReplyDelete
  3. bagusnyee kak indah mulya :)))) mengingatkan kite jugak.

    ReplyDelete
  4. First. Setudu. Second. Harus diperlebarkan isu gambar dan video ini kepada yang masih bernyawa juga. Insya Allah.

    ReplyDelete
  5. ya Allah tak pernah terfikir pun pasal ni.thanks kak sudi share.hana nak share kat fb ni boleh?

    ReplyDelete
  6. nur shazwani:
    sharing is caring kan dik..utk kepentingan bersama jugak ni =]

    ReplyDelete
  7. nik:
    moga orang lain pun menyedari hal ni dan setudu jugak pasal ni =]

    ReplyDelete
  8. hana:
    no worries hana..suka kak kalau orang baca dan amek berat hal hal macam ni..kalo hana nak share, hana kreditkan kat Pengerusi ISMA Nz lah, akak wat intro je pun..ade Fb dia kt bwh post akak kt atas tu =]

    ReplyDelete
  9. sometimes bagi diorg just nak share and amik iktibar. but to me, tak sesuai kot. sbb ntah, i pun jarang amik tau pasal gambar2 camtu kat fb.

    Yang kes buang anak tu mmg i paling hangin. manusia tu mmg takde otak!

    ReplyDelete
  10. fiera:
    i pn salu tak amek taw psl gambo gambo ni..tp kalo da sehari naek 5 6 kali kt newsfeed kes org share, i pn jd bengang jugak..tak elok rsnya buat camtu..pd i, ckup lah dgn cerita2 je..mmg lah impak lg besau if gne gambo or vdeo.tp wat about ngn si mati pulak?

    oh yg buang anak tu mmg mslah sket..marah sbb cr dia treat the baby..tp xleh salahkan dia spnuhnya jugak.

    ReplyDelete
  11. wow..tak sangka pula smpai mcm tu skali..
    apa pun nice sharing..baru taw..^ ^

    p/s : nice blog..thumbs up

    ReplyDelete
  12. ya. juga utk org yg meletakkan gmbr masih hidup (sehingga mengaibkan orang tersebut) juga, sedangkan semua yang hidup akan mati :) kongsi!!!

    ReplyDelete