Thursday, October 13, 2011

Sampai bila nak macam ni?

Assalamualaikum dan hai smua!

Saya mahu bertanya, berapa ramai kah orang yang pernah hilang barang? Tak kira lah masa zaman sekolah dlu ke, zaman kuliah kat uni ke zaman kerja kat ofis ke.Lagi satu, ni bukan hilang barang sebab misplaced. Ni hilang barang sebab ada orang panjang tangan, pendek kata mencuri lah. Pernah tak?

Well, saya pernah. Masa sekolah rendah dlu saya suka kumpul pensel tik tik (mekanik?) yang spesis Shaker tuh. Tapi bukan Shaker je yang saya kumpul, brand dan jenis lain pun disumbat dengan eloknya dalam pencil box. Da la ada sebijik dua tu pensel yang baba beli dari Jepun. Ntah saya pun tak paham jugak, pe kes la pulak aku kumpul pensil tik tik dlu. Satu hari saya tertinggal pencil box tu kat sekolah. Dan bila keesokkan hari, cuba teka apa yang jadi? Opkos, that pencil box went missing. Dan endingnya seperti cerita fairy tale, predictable gitu. Ending kisah pilu ni, memang takkan pernah jumpa balek lah pencil case tu.

Kejadian yang sama berulang kembali 2 tahun lepas. Ni cerita zaman blaja kat maktab plak (bukan mrsm), kes yang sama. Tapi kali ni contain yang berbeza *well, suda tua sedikits. Pencil case ni diguna pakai dari zaman mrsm lagi. So alat tulis dari zaman saya amek SPM masih lagi sempurna sifatnya dalam case tu. Memandangkan pencil case itu besau gabak, saya letak la skali scientific calculator dalam tu. Dan harus tertinggal skali lagi dalam library pulak. And guess what? It went missing too.

Dan korang mesti nak komen, why am I being so careless here? I was careless at that time, memang padan muka lah. Tapi manusia ni bukan dilahirkan perfect tahu? Ada jugak masanya dia akan terlupa or tak ingat something. Jangan tipu lah kalo korang cakap tak penah tertinggal pape. Mustahil lah tak penah tak lupa pape. Yang persoalannya, why do you have to take something that doesn't belongs to you? Sangap sangat makan barang orang kah?

Saya nak share cerita dari pemerhatian saya lah *memang observant, beware! kahkahkah. Bila diberi pluang study di negara orang ni, saya suka memerhati cara orang disini behave. Dan saya paling respect lah dengan masyarakat kat sini. Not necessarily Kiwi lah, tapi orang orang yang tinggal dan study kat sini.

Pernah skali kawan saya tertinggal pensel case dalam bas masa kitorg pegi sekolah untuk praktikum. Kawan saya ni da cuak dah, takot kehilangan pensel case tuh since ada sentimental value gitu. The next day pegi tanya kat reception, ade orang pulangkan pensel case tu tahu??? Pencil case kot??

Second example pun lebih kurang sama. Kawan saya sorang lagi tertinggal BUKU CATATAN (ala buku latihan biasa) kat sekolah yang dia pegi praktikum. Tu pun masih dipulangkan kat reception untuk di-claim oleh orang. Buku catatan bese kot?? Kalo ditinggalkan pun, sapa peduli. Tapi takkk, orang tu pulangkan jugak kat reception takot orang yang tertinggal tu mecari buku tu.

Dan yang paling menakjubkan lah, kes ketiga ni kawan yang lain pulak. Tertinggal satu beg yang berisi mp3, pasport dan mungkin detail pribadi kot. Dia hantar email dekat coursemates yang ada kt kolej, lecturer, announce dalam lecture hall jugak. Cuba teka ape endingnya? YES, SHE GOT HER THINGS BACK. Semuanya okeh.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan kat sini pasal habit orang orang disini yang wajar untuk kita mengambil contoh? Sendiri pikir lah. Barang yang pada kita tiada nilai pun orang sanggup pulangkan sebab terpikir mungkin orang yang kehilangan barang tu tercari cari. Kalo terhilang barang yang besau, lagi lah orang sanggup pulangkan. Agaknya bila ya Malaysia kita nak ada orang orang yang tak sangap amek barang orang? Hurm.

8 comments:

  1. beza betul kan attitude org kita dgn org kat sana..hrp2 lepas ni org kita leh jadi mcm tu..amin..

    ReplyDelete
  2. Indah you know what, fie tak pernah hadapi kisah-kisah macam nie. Waktu kat hostel and rumah sewa apa semua. Syukur la fie dekat dengan orang-orang yang jujur. Btw jangan careless-careless dah. hehe.

    ReplyDelete
  3. kathy:
    sangat berbeza..even time keje, guest hotel bleh je slumber tinggal duet bertaburan atas katil, ipod, laptop..maknanya dorang confident lah yg org2 wat keje takkan amek..

    ReplyDelete
  4. fifie:
    alhamdulillah fie diskeliling org org yg jujur..In mmg extra careful da skrg..bahaya..ni kne prepare lah da nk blk msia next month..huhu

    ReplyDelete
  5. well, everything berbalik kepada diri sendiri. benar? kadang-kadang perasan tak kita nak implement sesuatu, but biasanya kita nak implement tu sebab kita nak "merawat" sesuatu (tak kisah lah di peringkat apa pun, negara, keluarga, institusi ataupun diri sendiri) tapi, kalau kita tak amanah, segala bentuk pembaharuan tidak akan berlaku. yeah. er. ada link tak dengan entri hang? but seriously, gua rasa apa lu rasa.!

    thumbs up. hehe ;)

    ReplyDelete
  6. ini semuanya dr diri stiap insan itu jgk...
    mmg org Malaysia trutamanya mmg mcm tu...
    xprnah rasa ckup dgn apa yg ada, dn sntiasa nk lebih...

    kita doa lar byk2,agar kita x sbgitu...
    nauzubillah..
    amiin

    ReplyDelete
  7. nik:
    ya stuju! cayalah nik..hg leh smbung buat isi lain under topik sama macam nehh! hehe..

    ReplyDelete
  8. zul:
    stuju bila zul ckp bermula dr diri sndr..mungkin juga dari didikan kluarga..dan seterusnya bila da besar panjang, mcm mn kita nak mementenkan moral yg da sedia ada dlm diri..diri sndr kena kuat dlu dan pk pjg before bertindak =]

    ReplyDelete