Wednesday, July 21, 2010

Geng Bunga Telur

Hai hai hai dan salam reader(s). Gila lama menyepi, bunyi aritu macam nak wat projek mega giga tetra, tapi terus ilang pastu. Oh maapkan saya wahai kawan kawan, bukanla kebz-ian tahap melampo, tapi membetulkan mud yang terumbang ambing. Ni la kot dugaan duduk jauh jauh, otak senang dan ligat berpikir ke arah negatip. But i tink im much better than few days before. And here I am writing this post for you guys. Eh terus berspeaking. Haha. Bukan nak eksyen ke hape, ni mud amek Effective Writing kot. I kena tulis banyak pasni, so sepatutnya blog ni meneutralkan dan mengasah bakat penulisan i dalam BM. Eh ape aku dok merepek ni.

Berbalik kepada topik, projek bunga telur i berjalan lancar jugak akhirnya. Tapi pagi tu punya la bermasalah sampai i pun nak migrain da kot. Bunyi macam mega tapi menda ni menda kecik je sebenarnya. Kalo jadi Pengerusi Projek Mega Mega ni mesti lagi pecah kepala. I yang handle part ciput ni pun macam huru hara da. Tapi i ske bab urus urus ni. Ikhlas woo. Maybe nak membzkan diri jugak kot.
Soh,pagi Jumaat tu i ade kelas. Tapi time tu lah bz texting ahli geng bunga telur. Nak set time wat sesama. Konon nak wat kat umah budak budak kat Leith St. since i je yang dari Grange St. Tapi dek kerana barang barang bunga telur tu tetiba kat umah i (sebelum tu lagi best, barang pun tak taw sape yang pegang), so terpaksa la mengajak dorang buat kat umah i je. Macam satu hal je kan nak bawak sgala barang dari umah i gi Leith lak. So nasib la ahli geng bunga telur sudi datang wat keje umah i.
Sedang dok sebok text orang (ni masa masih kat kolej oke), i yang baru abes kelas ni lak terus menuju ke kolej Edu untuk amek daun pandan lak. Telur, riben dan kaen net memang da kat umah, tapi daun pandan lak kat fridge Food Tech. Miaw! Terpaksa la berjalan gi kolej Edu padahal kelas i kat Commerce Building. Ho sabau je lah. Memandangkan i plan nak wat bunga rampai, kena la cari bunga plak.
Si Leha bagi cadangan, gi kutip je ros kat kolej Edu yang mekar mekar sumanya. I pon dalam ati terpk, ok jugak tuh. So pas amek daun pandan, gi masuk office Sharon (coordinator) dengan Jordan. Masuk je office Sharon, terus la i tanya dia.

"Sharon, can i pluck the roses over there?" Gila innocent oke. Wat mata berkelip tak bersalah punya.

"Why? Are you going to cook it?" Ok, ini lagi innocent.
"Er, of course not. Its for the souvenir."

Sharon memula bagi cadangan besh, suh datang balek malam. Wat operasi haram sebab takde orang tengok--> sila percaya ini cadangan dari seorang lecturer.
Tapi i cakap balek, nak wat petang tu. Jadi beliau terus amek gunting dan ajak I ngan Jordan pegi amek bunga bunga itu. Awww..comel kan Sharon. Yang lagi besh, time dia potong ros tuh, si Jordan cover blakang Sharon dan i cover tepi. Cam pesalah gila kot! Tapi i bersyukur la, dapat gak 5 6 kuntum, cukup la tu kan. Las las Sharon pegi potong ros untuk dia letak lam office. But i secretly tink dat she wanted to some sort of 'hiding' our 'plan' tadi. Takpe,janji dapat bunga! So balek je terus lah melakukan apa yang patut.

Pergh,panjang gila esei i ni. Ni lom masuk part the real day! Ok, jangan melalut. Tak abes lagi post ni. So i bahagikan la tugas macam biasa. Paah tengokkan telur yang direbus. I ngan Fatin lak potong daun pandan ngan ros tadi. Masalah baru, rupanya tinggal satu packet je daun pandan tinggal kat kedai tu. Sila paham yang bila bok ober c ni,payah nak mencari barang barang cam ni. Tapi nasib la ros tu leh cover daun pandan yang sikit tuh. Pas siap, datang lak ahli laen yang potong riben dan kaen net. Wah, sangat berkerjasama kan? Terharu. Sobs.


Paah si perebus telur


Cukup cukup 30 bijik


Cantek kan kalenye?Terlebey ros

Da siap barang, i pun wat la demo untuk dorang wat. Sebenanye kan, bukan kaen net and riben ni I ushar aritu kat kedai. Tapi dek kerana orang laen yang pegi shopping, hentam kromo je lah beb! Janji keje siap okeh. So pas demo, ahli geng bunga telur pun wat la 2 3 bijik sorang. Eh tak, dorang gi pecahkan keje laen sesama sendiri. Macam macam kan? Lantaklah. Siap jugak akhirnya, awal lak tuh. Ni pun las minit tuka bilangan bunga telur kes lari bajet and so on. Tapi, okeylah kot untuk amatur cam i ni kan. Sumpah tak penah buat menda cani kat Malaysia oke. Haha.


Geng bunga telur yang tengah tunggu telur


Percubaan pertama


Final touch


Bleh gatai bukak bisnes pasni

Itu penutup cerita post kali ni. Nak sambung cerita pasal Cross Culture Day tapi tapi rasanya da gila panjang kot post ni. Kalo rajen, i wat pos laen untuk sambung kisah ini. Stay healthy, senyum senyum slalu. Bye sume!

P/s:
Perbualan random.
N: Ko dapat tak kertas ijau?
Me: Hah? Kertas ijau ape lak ni?
N: La, tak dapat ke? Aku bagi ko kertas ijau tu untuk ganti daun pandan yang tak cukup tu. Dorang tak pasan kot daun pandan ngan kertas ijau tuh.
Me: *terkedu,blurr* Pulak. (dalam ati,gila kreatif!hahaha)

1 comment:

  1. hahaha awat hg tak guna jaa kertas hijau tuh heheheh gila kreatif kan pemikiran beliau!

    ReplyDelete