Psstt...Nak tengok something tak?? Nak tak? Nak tak?? Tapi kena pomis something, jangan gelak kuat kuat. Nak gelak boleh, lepas baca post ni, pegi satu sudut dan gelak senyap senyap. Boley? Baek!! Kita teruskan!
Ok,sila berhenti gelak. I taw korang tengah gelak sakan ni. Tengok muka muka budak innocent tahap dewa. Comei kan? Sekarang ni kalo tengok memang da ilang kot kecomelan itu, suma da layak jadi bapak org da kot. Tapi i tetap comei la. Ye i taw, korang tak komen pun i paham =p Well, ni lah salah satu cebisan kenangan time zaman sekolah rendah dlu. Tak mungkin i dapat lupa orang-orang ini. Dorang la i dok ngadap, bergado, berperang, study, bermain bersama. Tak sangka la plak da 10 tahun kot kitorang kua dari sekolah tu. Masing-masing da ada haluan sendiri. Cepatnya masa berlalu!
Dan cikgu dalam gambar ngan boys tu lah cikgu yang rapat dengan kitorang. Nama dia Cikgu Haziah Mokhtar. Ingat lagi yang dia ni cikgu baru dalam sekolah tu. Orangnya lemah lembut, baek je tapi ade jugak rasanya time dia jadi garang. Tu pun sebab kami nakal sangat kot. Rindunya kat cikgu!
Cyes i da tak sabo nak balek Malaysia kalo camni gayanya. Ni suma salah si Afifi la ni, gatai pegi scan and upload gambau tu kat facebook. Dan secara tak langsung, sume da berkumpul untuk tengok balek ape yang kitorang penah ada dan kongsi sesama pada satu ketika dulu. Balek nanti memang harus berjumpa dengan semua manusia manusia yang terlibat. Dan i harap leh cari lagi kawan kawan yang ilang tuh. Nak sangat berkumpul and jumpa semua orang. Mesti besh. Ok pe, da 10 tahun kan. Layak sangat da wat reunion untuk batch i (even kitorang sume tak abes balaja lagi). Tapi cyes rindu. Tersangat rindu pada mereka. Tak terkata betapa epinya saya jumpa fb cikgu dan kawan-kawan laen. Harap diberi peluang untuk berkumpul dan bertemu lagi pada masa akan datang.



No comments:
Post a Comment