Saturday, July 3, 2010

Gila penat!

PENAT PENAT PENAT PENAT PENAAAAAAAAATTTTTTTTTTT!!!
Memang besh keje dapat duet tapi maken hari maken bertambah kepenatan i. Memang la kachinnggg eh bukan kencing oke, maksud i, duet tu masuk dengan jayanya tiap minggu dan bertambah subur dalam akaun tanpa diusik. Tapi memang sangat la penat.

Arini lagi extra penat. Sebabnya 2 orang je yang datang keje arini selain si superviser Viki. Tu pun nasib baek si Wilson datang gak even lambat. Oh lupa lagi nak kenalkan staf tempat keje i kat korang kan. Takpe takpe, tunggu i kurang penat. Sekarang nak bising pasal penat dlu. So buat la keje ngan rumet i. Si WQilson tu keje dia wat bed je. Yang kitorg ni lak bergilir sama ada bersih kitchen ataupun bathroom.

Yang menariknya tadi, kes si Wilson ni lah. Nasib la i tak terpingsan kat tempat kerja tadi dek kerana beliau yang sangat bijaksana. Taw dia watpe? Dia dok cerita yang dia bergocoh semalam kat umah dia kes flatmates dia gado ngan si ex nya. So kononya si Wilson jadi superhero terhebat la nak selamatkan perempuan a.k.a housemate dia. Las-las dia yang kena belasah kaw kaw. Lebam kat mata, mulut pecah dan bengkak, lengan kena cakar, dada kena gigit (memang urm agak pelik disitu) dan jari yang berdarah akibat ditoreh dengan pisau oleh sang ex bf flatmates nya itu. Gila ngeri kan? Dengarnya ex bf flatmates nya tu mabok. Omputey ni bila da mabok, nauzubillah. Memang sangat la scary dan mayb kekuatan tu bertambah berganda-ganda.

Nak dijadikan cerita, sedang si Wilson dok syok berstory kat i pasal tu, jari dia yang luka tu dok berdarah menitik-menitik. Banyak gle kot, yang i ni dok terpk, kang amat ni pingsan kes banyak sangat darah kua. Sempoi tahap tak ingt mamat ni ialah beliau pegi keje tanpa mandi, pkai baju pun terbalik. Jadi, bayangkan da bape lama darah tu dok mengalir kua. I ni pulak, TERAMAt sensitip bab ni. Memang takleh tengok darah mengalir kua, even luka. So, pas tengok darah si Wilson ni, i da mula rasa nak pitam. Berdebar semacam, mata pun da berpinar. Ok,sila gelak. I taw menda ni pelik. Tapi i memang kus semangat pasal ni. Da la tadi before g keje da melahap 2 pinggang nasi dengan baca doa ok. Memang rasa nak termuntah pun ada. So untuk elak nk pingsan, i lari gi bilik kosong kat sebelah bilik tu. Terjelepuk kat lantai, amek napas dalam dalam. Den rumet i kasi chewing gum. Huuu dok la mngunyah kejap, bila da rasa ok baru smbung keje balek. Tu pn pnya la elak tengok jari mamat tuh.

Ye, i memang takleh ngan darah. Luka sendiri pun nak pingsan. Jadi anda anda di luar sana yang prihatin pada kesihatan saya, kalo anda luka, jangan tunjuk kat i. Bukan tak nak tolong tapi kot t i yang nek ambulans gi hospital. Hiks. Dan itu lah reason utama i takleh jadi doktor. Ho, elok mena da jadi cikgu ni kan.

Ni da terbaring elok atas katil menunggu masa untuk lena. Penat la wey. Tapi takpe, ari Isnin leh cuti sehari.WEEE!! Sekian saja, bye suma!

No comments:

Post a Comment